Blog - INFAQ BY HANDPHONE

Bermula Januari sehingga November 2016 , pihak Pertubuhan Ikhlas Amal Malaysia telah menyumbang sebanyak 38 Kali ke 37 tempat penerima Wakaf Alatan Ibadah melalui Dana Program Infaq By Handphone.

Semoga para penyumbang dikalangan Peserta dan Dealer Infaq By Handphone akan peroleh ganjaran pahala yang berterusan dari Allah SWT apabila sumbangan Wakaf ini dimanfaatkan oleh Penerima Wakaf.


(Kemaskini 25/11/2016)

Anda Akan menerima Sijil Penyertaan Program Infaq By Handphone apabila menggunakan simkad OneXOX dengan mendaftar melalui wakil Pertubuhan.


"Semoga Program Infaq By Handphone mendapat keredhaan Allah SWT”


LEBIH BAIK BERINFAQ SEDIKIT NAMUN ISTIQAMAH TERUS-MENERUS DARIPADA BERINFAQ DALAM JUMLAH BESAR NAMUN HANYA SEKALI SETAHUN ATAU SEUMUR HIDUP

Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu sesungguhnya Nabi Muhammad shollallahu ‘alahi wa sallam bersabda:

“Tidak ada satu subuh-pun yang dialami hamba-hamba Allah kecuali turun kepada mereka dua malaikat.

Salah satu di antara keduanya berdoa: “Ya Allah, berilah ganti bagi orang yang berinfaq”, sedangkan yang satu lagi berdo’a “Ya Allah, berilah kerusakan bagi orang yang menahan (hartanya)”

(HR Bukhary 5/270)

"Semoga Program Infaq By Handphone mendapat keredhaan Allah SWT”

Pendaftaran hanya sekali dan setiap kali anda Topup OneXOX walau dimanapun , secara automatiknya anda telah menyumbang ke "Dana Wakaf Alatan Ibadah" .

Sila hubungi dealer OneXOX yang mewakili Pertubuhan Ikhlas Amal Malaysia untuk mendaftar simkad OneXOX.

(Kemaskini 3.12.2016)

"Semoga Program Infaq By Handphone mendapat keredhaan Allah SWT”

PENDAPATAN PERTUBUHAN IKHLAS AMAL MALAYSIA SEPANJANG 14 BULAN PROGRAM INFAQ BY HANDPHONE DIJALANKAN

(Kemaskini 22.11.2016)

100% pendapatan daripada OneXOX seperti hibah , Insentif , User Get User dan lain- lain Hibah seperti gambarajah diatas akan ditukar ke dana wakaf alatan ibadah seperti :

Contoh Alatan ibadah yang telah diwakafkan melalui dana wakaf Program Infaq By Handphone

Pihak Pertubuhan akan menyalurkan wakaf ini kepada badan-badan yang memerlukan dan semoga para peserta Infaq By Handphone peroleh manfaat sedekah jariah yang berterusan apabila harta wakaf ini dimanfaatkan oleh penerima wakaf walaupun pada satu hari nanti para pewakaf telah meninggal dunia.

Gambar : Penyerahan kepada Guru Tahfiz di Madrasah Tahfiz Ibh Hassan Pontian Johor

"Semoga Program Infaq By Handphone mendapat keredhaan Allah SWT”


OBJEKTIF PROGRAM

Mengumpul DANA WAKAF ALATAN IBADAH daripada tambah nilai (TOPUP) ONEXOX Peserta “ PROGRAM INFAQ BY HANDPHONE “ .

KELEBIHAN PROGRAM

Para peserta akan berwakaf setiap kali mereka topup & meraka akan peroleh manfaat sedekah jariah yang berterusan apabila harta wakaf ini dimanfaatkan oleh penerima wakaf walaupun pada satu hari nanti para pewakaf telah meninggal dunia.

"Semoga Program Infaq By Handphone mendapat keredhaan Allah SWT”

PERTUBUHAN IKHLAS AMAL MALAYSIA adalah sebuah NGO yang telah ditubuhkan pada awal tahun 2013 bertujuan untuk membantu Madrasah Tahfiz , Masjid , Surau , Sekolah Agama , Anak Yatim dan asnaf.

Program Wakaf Alatan Ibadah telah diadakan untuk membantu tempat tersebut mendapatkan Alatan Ibadah yang diperlukan.

Bermula Jan 2013 sehingga November 2016 , sebanyak 234 tempat telah menerima sumbangan Wakaf alatan ibadah ini antaranya :

1. 24 Madrasah Tahfiz

2. 4 Surau dan 7 Masjid

3. 45 Sekolah Kerajaan Persekutuan

4. 8 Sekolah Agama Kerajaan Negeri

5. 4 Organisasi Kerajaan

6. 6 Pertubuhan Bukan Kerajaan ( NGO )

7. 60 Sekolah Agama Daerah Kota Tinggi Johor

8. 25 Sekolah Agama Daerah Kluang Johor

9. 21 Maktab Rendah Sains MARA

10. 27Sekolah daerah Kuala Krai ( Dilanda Banjir )

Antara alatan ibadah yang telah disalurkan adalah

(Kemaskini 22.11.2016)

25 HB JAN 2015

Pertemuan dengan En Bobie Farid Shamsudin ( CEO OneXOX Sdn Bhd ) yang telah diatur oleh En Khairuzaman Main Distributor OneXOX (Jutaone Network) untuk memaklumkan berkenaan Program Infaq By Handphone yang bertempat Di Hotel Thristle Johor Bharu

En Bobie Farid Shamsudin ( CEO OneXOX Sdn Bhd ) Mencadangkan Program Infaq By handphone dijalankan Dibawah Kumpulan Jutaone Network.


"Semoga Program Infaq By Handphone mendapat keredhaan Allah SWT”

22 HB JAN 2016

Penerangan Program Infaq By Handphone Kepada En Khairuzaman Bin Ismail ( Main Distributor Onexox Sdn Bhd ) Di Center ONEXOX Merlimau.

En Khairuzaman (MD ONEXOX Jutaone Network) menyokong Program Infaq By Handphone akan dilaksanakan dan akan mendapat tajaan bagi menjayakan Program ini.

Didalam masa terdekat , En Khairuzaman akan buat pertemuan bersama CEO ONEXOX untuk memaklumkan berkenaan Program Infaq By Handphone


"Semoga Program Infaq By Handphone mendapat keredhaan Allah SWT”